Thursday, July 25, 2013

Terharu aku jadi watak utama.. (Cerita tulisan Alia Safinas- student of UniSZA.)


Seorang bekas idola remaja, Nazdi Shareen yang menganggap dirinya sangat popular walau sudah dalam umur pertengahan kini bekerja sebagai DJ di sebuah stesen radio . Rancangan penyiaran radionya itu menceritakan tentang kisah-kisah dan pengalaman hidup yang diluahkan para pendengar pada setiap jam 10 pagi. Siaran yang dikendalikannya ini membuatkan dia menjadi semakin terkenal dan sering mendapat tawaran kerja lain seperti model dan duta produk. Seorang wanita muda bernama Aina menghantar cerita di stesen radio ini tentang beliau sebagai seorang ibu tunggal kepada stesen radio Nazdi bekerja, memberitahunya dia akan bertemu dengan bapanya . Cerita-cerita yang berkaitan dengan bapanya, yang tidak pernah ditemui sebelum ini, menarik minat pendengar dan sekaligus membantu menghidupkan program itu sebagai yang paling popular dalam negara .
Konfliknya bermula apabila dia(Nazdi) mendapati bahawa dia adalah bapa kepada Aina apabila Aina datang ke apartmennya dengan anaknya, Iqbal . Beliau juga mendapati bahawa Aina adalah nama cinta pertama dan nama Aina sebenarnya adalah Hidayah . Nazdi yang berasa was-was dan tidak percaya, pergi membawa mereka menjalankan ujian darah DNA. Ternyata, keputusan ujian darah ini mengatakan bahawa mereka sememangnya mempunyai pertalian darah. Disebabkan ingin menjaga nama baik beliau agar tidak terjejas, Nazdi terpaksa membiarkan Hidayah dan cucunya agar duduk di rumahnya. Di stesen radio tempat Nazdi bekerja juga terdapat satu rancangan uji bakat untuk pertandingan nyanyian. Hidayah yang sememangnya menyatakan hasratnya dari awal iaitu mahu mencapai impiannya untuk menjadi penyanyi, tetapi dihalang Nazdi kerana difikirkan ini akan mendedahkan skandal beliau dengan apa yang berlaku kepada Hidayah, Iqbal, dan dirinya.                             
                                                                            



Namun, Hidayah masih meneruskan hasratnya dan pergi ke tempat kerja Nazdi untuk menyertai uji bakat. Cara pemakaian Hidayah yang agak kekampungan menimbulkan buah mulut pada pekerja-pekerja di pejabat. Nazdi yang terdengar kata-kata mereka berasa malu walaupun hakikatnya dia masih tidak dapat menerima hakikat yang dia sebenarnya mempunyai seorang anak perempuan. Lalu, Nazdi membuat keputusan untuk mengubah penampilan Hidayah agar menjadi gadis yang lebih elegan dan menarik. Namun, mereka berdua tetap berhati-hati semasa keluar bersama kerana Nazdi sering dikejar wartawan yang bernama Cuki untuk menimbulkan skandal baru. Cuki, seorang wartawan majalah selalu memerhatikan gerak geri Nazdi demi mencari isu baru untuk menjatuhkannya. Cuki yang sememangnya mudah untuk menghidu aktiviti yang disembunyikan artis akhirnya dapat menangkap satu gambar dan menyebarkannya di majalah-majalah.

Ayah kandung Iqbal, Aziz yang telah lama menghilang kembali menemui Hidayah, apabila namanya mula naik hasil populariti nyanyiannya. Mereka bertemu dan kembali menjalinkan hubungan sehingga  Aziz mula mengesyaki  hubungan sulit antara  Hidayah dan Nazdi . Malahan, Aziz selalu membangkitkan isu perhubungan ini semasa mereka keluar bersama. Walaupun Hidayah sentiasa menidakkan hubungan ini, tetapi  Aziz tidak dapat menerimanya tanpa alasan yang kukuh. Sehinggakan pada suatu hari, Aziz bertindak melulu sehingga mengamuk di luar kediaman Hidayah. Nazdi yang kebetulan menyaksikan pergaduhan tersebut menganggap perkara tersebut menjadi semakin rumit, bertindak menghalau Hidayah dan Iqbal keluar dari rumahnya. Kehidupan yang semakin mencabar di luar rumah memaksa Hidayah membawa anaknya Cuma tinggal di rumah-rumah tumpangan dan bekerja keras di restoran demi mencari wang. Namun begitu, dia sentiasa mendengar rancangan radio yang dikendalikan ayahnya setiap hari.
Nazdi yang akhirnya merindukan kehadiran seorang anak yang sentiasa menjaga makan pakai dan keceriaan rumahnya, mula mencari Hidayah kembali. Dia sentiasa memohon agar Hidayah kembali dan menyanyi seperti dahulu di pejabatnya. Nama Hidayah semakin meningkat naik selepas dia kembali semula pada ayahnya walau tanpa pengetahuan umum. Pada satu konsert yang diadakan sempena kenaikan nama Hidayah sebagai penyanyi baru, Iqbal tiba-tiba didapati hilang. Hidayah yang terlalu panik terpaksa membatalkan nyanyiannya dan teruskan mencari anaknya kerana terlalu bimbang. Dia yang tidak dapat mengawal perasaan sedihnya pergi mendapatkan ayahnya untuk meminta bantuan. Perkara ini membangkitkan dua konflik dalam diri Nazdi iaitu sama ada menyelamatkan kariernya atau keluarganya.
Keadaan ini menjadi semakin rumit apabila Hidayah pergi mendapatkan Nazdi yang berada di atas pentas semasa konsert baru sahaja bermula. Para penonton dikejutkan dengan pengakuan Hidayah yang menangis teresak-esak mengakunya sebagai ayah. Perkara ini telah yang membawa Nazdi untuk menyedari bahawa dia benar-benar tidak bertanggungjawab kepada anak dan cucu beliau.. Iqbal yang ditemui semula di balai polis selepas itu dipeluk erat oleh Nazdi bersama Hidayah. Di balai polis, Aziz juga mula mengetahui apa hubungan sebenar antara Hidayah dan Nazdi sebenarnya. Pada masa yang sama, Cuki yang turut berada di tempat kejadian turut mengambil kesempatan mengambil beberapa gambar adegan keluarga tersebut dengan niat jahatnya. Cuki yang mendedahkan skandal ini, malah merupakan orang yang telah menculik Iqbal buat sementara waktu demi menimbulkan huru-hara akhirnya menerima balasan dengan dibelasah teruk oleh artis lain yang juga dijatuhkan olehnya.
Ikatan kekeluargaan dan perasaan kasih Nazdi sebagai seorang ayah tidak hilang sama sekali walaupun dari awal tidak pernah mengetahui dia mempunyai anak. Demi kebahagiaan keluarga baru ini, akhirnya Nazdi mengambil keputusan untuk mula benar-benar menyayangi mereka seperti anak-anak dan mengambil berat untuk mereka.

Sorry-sorry dance by SMK Air Merah, Kulim-Kedah

Video nie kami buat perform time jamuan pengawas tahun 2010 di Pearl View Hotel ,Penang. Masa nie baru form 4. Sweet memory