Tuesday, January 29, 2013

Penganut agama samawi yang mana layak masuk syurga ?

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini 29 Januari 2013, saya ada baca sedikit ilmu yang bagus untuk dikongsi bersama dgn anda. Tidak terlalu panjang, tp cukup untuk kita mengetahui. Selamat membaca :)
Pada perhimpunan ilmiah tokoh agama dan cendiakawan semua agama di Mesir dilontarkan satu Isu siapa yang antara penganut agama Samawi (Yahudi,Kristian,Islam) layak masuk Syurga. Pertanyaan ini ditanya kepada tokoh agama Yahudi,Kristian dan Islam yang berada di Pentas.

Tokoh agama Yahudi dan Kristian tidak berani menjawab soalan dan menyerahkan jawapannya kepada Ulama Islam yang menjawab dengan mudah bahawa yang layak masuk syurga daripada semua penganut agama ialah Muslim.Kemudian beliau menjelaskan bagi orang Yahudi yang layak masuk syurga ialah sesiapa sahaja yang beriman kepada Nabi Musa A.S dan bagi orang kristian yang layak masuk syurga ialah sesiapa yang beriman kepada Nabi Isa A.s.Tetapi bagi Umat Islam yang layak masuk syurga ialah yang beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan semua Nabi termasuk Nabi Musa dan Isa.

Firman Allah yang bermaksud:"Kami tidak membezakan antara semua dengan yang lain daripada rasul-rasulnya"(Surah Al-Baqarah,ayat:285)

Petikan artikel ini diambil daripada keratan akhbar Berita Harian pada hari ahad, 1 November 2009 hasil Nukilan En Abdul Rahman Haqqi dalam ruangan Ulul Albab.Artikel ini membincangkan tentang kesucian agama Islam yang perlu dipertahankan dengan melindungi Masjid yang menjadi kiblat pertama Umat Islam iaitu masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis.Pencabulan hak berulang kali dilakukan Zionis sememangnya mencabar maruah Agama Islam

 Sumber : http://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/11/kata-yahudiruntuhkan-masjid-al-aqsabina.html