Saturday, January 12, 2013

Sekilas pandang.

Assalamualaikum wbt.
Saya baru sahaja selesai mengikuti Bengkel Penulisan dan Editorial yg diadakan di atas bangunan pejabat asrama pelajar UniSZA. Bengkel penulisan ini diGURUi oleh Ustaz Irfan atau dikenali dgn nama komersialnya, BroHamzah dan Slot editorial pulak dibimbing oleh Kak Husna dr syarikat penerbitan terkenal negara, Tembaga Biru. Mmg tak dinafikan, program yg diadakan ini betul2 meninggalkan kesan yg mendalam kepada saya dan sy yakin peserta2 lain juga sependapat dgn saya,
   Baru sehari saya mengupdate blog saya yg saya akan bergiat aktif dlm penulisan ttg asal-usul bangsa Melayu, tiba2 , dlm BroHamzah bgtau yg penulisan tentang keagungan sesuatu bangsa sebenarnya adalah penulisan yg tidak sihat. Kecuali penulisan yg menunjukkan keagungan Islam. Tp In Shaa Allah, sy akan terus juga menulis ttg Melayu, cumanya, sy akan selarikan dgn Islam yg menjadikan bangsa Melayu itu agung suatu ketika dahulu .
  Saya yakin, walaupun tak ramai yg minat ttg sejarah2 yg sedemikian, namun, tetap ada yg se-spesies dgn saya yakni meminati sejarah. Tapi harus diingat!!! Sejarah yg saya minat bukanlah sejarah yg telah dikarang dalam buku teks  sekolah menengah, tetapi sejarah yg telah dikabur lalu dikubur oleh kafir laknatullah. Allahuakhbar.
  Bukan niat saya di sini utk menulis sesuatu yg bersifat rasis. Namun bg saya, harus bg setiap umat Melayu mengetahui yg nenek moyang kita adalah pengamal Islam yg hebat dan hampir pernah pasti memerintah dunia, bukannya spt yg diwar-warkan pihak barat di mana kita ini dahulunya beragama Hindu-Buddha.
Semoga dgn terungkainya rahsia ini sedikit demi sedikit, maka, kita berharap Iman di dalam diri kita dapat bertambah kukuh.
  Sekian sahaja utk kali ini. Wasalam.