Thursday, September 19, 2013

Tingkatan 6 SMK Darulaman , Alor Setar.


Assalamualaikum.. Semua sedia maklum aku dah berhenti dari belajar di UniSZA. Lepas berhenti, aku putuskan nak sambungkan pengajian aku ke tingkatan 6. Tapi aku tak terfikir nak masuk ke sekolah-sekolah dekat dengan rumah aku di Kulim (ada lah sebab2 tertentu). Jadi, ayah aku nak hantaq aku ke SMK Dato' Syed Omar kat Alor Setar sebab dekat dengan rumah datuk saudara aku. Selang beberapa biji rumah saja boleh p sekolah tu. So aku boleh pergi jalan kaki. Tapi lepas semua urusan dengan JPN dan PPD settled, depa bagitau sekolah tu dah penuh. So, aku dapat SMK Darulaman, dekat Jalan Stadium. Sejak masuk ke Tingkatan 6 nie, macam2 kenangan mula terpahat dalam kotak memori. Bermula dengan agak sunyi dan bosan, pelan-pelan aku mula kenal dengan semua orang. Dapat  cikgu-cikgu yang sporting, yang lawak, yang serious, yang fanatik dengan politik, yang berjiwa muda, yang hensem2 dan comel belaka, yang smart, semua ada.. Member2 pulak tak kira lower atau upper 6, semua ada karakter unik masing2. Segak-segak macam hindustan pun ada.. Yang penting, depa semua ada satu sifat yang sama. =terlebih mesra alam. hahha.  Aku jenis yang suka perhati perangai sorang2.  Tapi bukan untuk kritik atau nak kata aku nie dah bagus,. Cuma untuk aku nak sesuaikan diri aku dengan depa. Takmau lah kan orang meluat dengan aku. Walaupun aku student baru kat situ, tapi aku tak rasa macam asing. Rasa macam aku dah kenal depa lama.
Hubungan dengan member2 especially upper 6 students mula rapat lepas sekolah buat rombongan le Cameron Highlands dan Kuala Lumpur. Seumur hidup aku, masa sekolah rendah, sekolah menengah, belum pernah aku pergi lawatan yang tinggal kesan pada aku mcm nie. Sebab apa tinggal kesan? Macam2 jadi kat aku. Tapi malas nak cerita. Buat malu aku ja nanti. Sapa yang dah tau tu tau lah..Yang penting, aku kena mandi bunga. hahha.

Dekat atas dan bawah entry nie aku selitkan gambar dengan rakan2 form 6 dekat Cameron Highlands and KL haritu. Tapi tak semua ada. Aku tak aktif bergambar kat sana. Kamera aku rosak. Gambar nie pun aku ambil dari kawan2 yang upload.













Dan ini dia yang paling penting. Cikgu paling rare abad ini, Sir Kamal.








No comments:

Post a Comment