Friday, June 28, 2013

Pengembara tak berbekal.

Kehidupan dalam dunia nie seolah-olah satu pengembaraan. Pengembaraan yang ditetapkan jangka waktunya. Kadang-kadang kita di depan, dan kadang-kadang kita di belakang. Uniknya pengembaraan ini adalah sebab kita perlu mencari bekalan di dalam penggembaraan. Bukannya  disediakan sebelum pengembaraan. Tanpa ada bekalan pada permulaan perjalanan, kita kena tahu apa yang kita cari dalam pengembaraan kita nanti. Dan ke mana yang kita akan tuju. Adakah selama-lamanya dalam pengembaraan tersebut atau ada satu titik penghabisan ! Sempatkah kita sampai ke titik penghabisan dengan bekalan yang betul sebelum tempoh yang ditetapkan tamat? Anda boleh fikir sendiri jawapannya. Kita keluar dengan tangan kosong tapi kelebihannya telah disediakan satu peta yang sangat lengkap yang boleh dijadikan panduan, yakni Sang Quran. Malangnya begitu ramai pengembara yang mengambil peta emas tersebut tapi bukan sebagai panduan, malah sekadar satu bahan simpanan di dalam beg kembara. Lalu di dalam perjalanan, banyak lorong dan simpang yang bakal ditempuhi.  Oleh sebab peta yang ada tidak dimanfaat, maka ramai yang tersesat dan sukar untuk kembali  ke jalan sebenar. Kemudian bila tiba waktu penghabisan yang telah ditetapkan, akan tetapi seseorang pengembara masih belum sempat cari untuk jalan yang sebenar, maka keluarlah  nyawa dari jasadnya di jalan yang di sedang berada. Dan beruntunglah bagi pengembara yang masih di jalan yang benar.

Setakat ini sahaja coretan saya hari nie. Ada masa kita jumpa lagi. Moga sama-sama dapat renungkan sejenak apa yang saya maksudkan.. Tidak bermakna sayan dah sempurna, tapi tak ada salah untuk saya kongsikan dengan kawan-kawan untuk kita sama-sama memperbaiki kekurangan dan kejahilan kita. Sekian. Wassalam .

No comments:

Post a Comment