Saturday, February 23, 2013

Lawatan Kelab Asas Kewartawanan UniSZA ke KL.

Assalamualaikum w.b.t.
Penat,seronok,tak puas, lawak, rindu dan semua rasa ada sebab baru balik dari lawatan projek Kelab Asas Kewartawanan  Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) ke KL. Walaupun aktiviti tak berapa padat dan kami cuma pergi selama dua hari dua malam, tapi banyak pengalaman berguna yg kami dapat dan tak mgkin lah nak dilupakan. Kami berkumpul dekat foyer UniSZA start pukul 8.30pm, rabu (20 February 13). Then sebelum bas dtg, AJK2 semua sibuk untuk agihkan lebihan duit baju kelab yang kami tempah utk lawatan nie. Walaupun t-shirt yg kai dapat tu kurang memuaskan atas beberapa sebab. Tp kami kena jugak pakai kerana atas beberapa sebab jugak.  Lps agihkan semuua tu, Lecturer kami, En. Kuswadi arahkan supaya cari AJK baru utk bertugas di Kuala Lumpur bg menggantikan AJK sedia ada sbb dah byk bertugas dgn kertas kerja n semua hal-hal yg berkaitan dgn lawatan nie. Aku terpilih salah seorang drpd AJK2 baru tu. Dan kepada En. Kuswadi kalau baca post saya yg nie, SAYA NAK MINTAK MAAF KALAU TAK DAPAT JALANKAN TUGAS DENGAN BAIK. Sbb nya saya tak berapa pandai nak terlibat dgn hal2 pengurusan mcm nie. Blh dikatakan saya nie bagai kerbau dicucuk hidung. Orang tarik saya ikut. Org biar saya diam sbb saya selalu nya slow and blur sikit dgn benda2 mcm nie. Tp saya tak cakap saya kerbau. hahha.

Then, about pukul  10.30, kiteorang bertolak dr UniSZA, pastu singgah kat Kuala Ibai amek abg photographer kita yg macho lg bergaya tu. Teringin jugak nak tgok apa hasil gambar yg ada tu. Takot2 kalu gmbar masa tidur pun ada. hhaiizz. :D Lps tu kami berhenti smbahyang subuh dkt highway selangor. Tp not too sure apa nama tmpat tu.Stay situ lebih kurang dua jam jugak. Smbil minum pagi sikit.

Lps tu terus ke bangunan balai berita Berita Harian. yg nie tmpat yg paling tak dpat lupa lahh sebab kami cuma pergi dpn premis tu then tgkap gmbar. Lepas tu naik bas balik sbb lawatan kami tak diterima. POYO kan? haha.


Sampai ja KL, kami singgah sarapan dekat Pantai Dalam,.  Geng2 laki makan free jer pg tu sbb pakcik roti canai tu belanja. Kira tak sia2 lah makan dekat kedai pakciik tu. hehe.So tak hairanlah  kalau tgok kenapa pakcik tu murah rezeki and pelanggan tak putus2 dtg kedai dia. Masa brkfast tu, sempat laa kami sembang dan berkenal-kenalan dgn pakcik dan isteri dua. Mmg tak dinafikan, peramah la diorang. Pandai amek hati customer.

Kemudian kiteorang prgi RTM . mula2 kami lunch dekat masjid RTM dgn menu nasi ayam. Boleh tahan la nasi dia. Not bad. Dah selesai melantak sorang smpai kyg, kami prgi ke Wisma TV RTM dgr taklimat drpd pengarah persiaran RTM kalau tak silap. Mohon sapa2 yg baca nie perbetulkan jawatan dia kalau saya salah. Mmg banyak laa maklumat baru yg kami dapat. Bilik berita pun RTM bawak kami masuk. n macam biasa, budak2 perempuan pantang nmpak artis/pembaca berita, mula laa kamera tu nak ja berflash2.hahaa.

Selesai lawatan ke RTM, hari dah nak ptg. kami p asrama UKM untuk check -in .,rehat2kan badan dulu. bersih2 badan, tidur kejap n ready utk dinner. Makanan dinner mmg best la. Aku suka ikan dia, manis. Ikan siakap kot kalau tak silap. haizz.. sedap baq ang. Lps makan, semua balik tidur.

Keesokan paginya tu, semua bersiap sedia nak ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM dgn pakaian serba hitam. dkt sini lg banyak perkara baru yg kami dapat. Kami boleh tnya apa yg kami nak tahu dan maklumat yg diberikan hampir lengkap dan padat lah walaupun masanya singkat. Kami disediakan breakfast oleh pihak UKM. then dibawa melawat ke studio2 UKM. Wahh. mmgg canggih lah. Kalau lah Fakulti Informatik dkt UniSZA ada semua tu.. :(. Dah habis urusan d UKM, kami bertolak ke Area Jln TAR , Jln Masjid India n byk lagi. Masa nie aktiviti bebas lahh. Dekat sini perempuan la yg byk habis duit. Mcm2 beli. Yg lelaki taktahu apa yg nak beli. yg tahu makan jer.. En. Kuswadi n the geng taktahu laa beli apa. Pakat2 beli buah tgn untuk buah hati kot. hehehhe >.<

Dah puas berjam2 duk dekat situ. Kami bertolak pulang ke Terengganu lebih kurang pukul 4.15pm . Tiba di UniSZA jam 2.++pm.

Sampai disini saja yg dapat saya tulis. Penulisan sy yg nie pon hanya sekadar sekali lalu atau over view dr keseluruhan program kami. Sori kalau kurang best,cuma nak share ja dgn semua. hee. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment