Thursday, September 19, 2013

Tingkatan 6 SMK Darulaman , Alor Setar.


Assalamualaikum.. Semua sedia maklum aku dah berhenti dari belajar di UniSZA. Lepas berhenti, aku putuskan nak sambungkan pengajian aku ke tingkatan 6. Tapi aku tak terfikir nak masuk ke sekolah-sekolah dekat dengan rumah aku di Kulim (ada lah sebab2 tertentu). Jadi, ayah aku nak hantaq aku ke SMK Dato' Syed Omar kat Alor Setar sebab dekat dengan rumah datuk saudara aku. Selang beberapa biji rumah saja boleh p sekolah tu. So aku boleh pergi jalan kaki. Tapi lepas semua urusan dengan JPN dan PPD settled, depa bagitau sekolah tu dah penuh. So, aku dapat SMK Darulaman, dekat Jalan Stadium. Sejak masuk ke Tingkatan 6 nie, macam2 kenangan mula terpahat dalam kotak memori. Bermula dengan agak sunyi dan bosan, pelan-pelan aku mula kenal dengan semua orang. Dapat  cikgu-cikgu yang sporting, yang lawak, yang serious, yang fanatik dengan politik, yang berjiwa muda, yang hensem2 dan comel belaka, yang smart, semua ada.. Member2 pulak tak kira lower atau upper 6, semua ada karakter unik masing2. Segak-segak macam hindustan pun ada.. Yang penting, depa semua ada satu sifat yang sama. =terlebih mesra alam. hahha.  Aku jenis yang suka perhati perangai sorang2.  Tapi bukan untuk kritik atau nak kata aku nie dah bagus,. Cuma untuk aku nak sesuaikan diri aku dengan depa. Takmau lah kan orang meluat dengan aku. Walaupun aku student baru kat situ, tapi aku tak rasa macam asing. Rasa macam aku dah kenal depa lama.
Hubungan dengan member2 especially upper 6 students mula rapat lepas sekolah buat rombongan le Cameron Highlands dan Kuala Lumpur. Seumur hidup aku, masa sekolah rendah, sekolah menengah, belum pernah aku pergi lawatan yang tinggal kesan pada aku mcm nie. Sebab apa tinggal kesan? Macam2 jadi kat aku. Tapi malas nak cerita. Buat malu aku ja nanti. Sapa yang dah tau tu tau lah..Yang penting, aku kena mandi bunga. hahha.

Dekat atas dan bawah entry nie aku selitkan gambar dengan rakan2 form 6 dekat Cameron Highlands and KL haritu. Tapi tak semua ada. Aku tak aktif bergambar kat sana. Kamera aku rosak. Gambar nie pun aku ambil dari kawan2 yang upload.













Dan ini dia yang paling penting. Cikgu paling rare abad ini, Sir Kamal.








Thursday, July 25, 2013

Terharu aku jadi watak utama.. (Cerita tulisan Alia Safinas- student of UniSZA.)


Seorang bekas idola remaja, Nazdi Shareen yang menganggap dirinya sangat popular walau sudah dalam umur pertengahan kini bekerja sebagai DJ di sebuah stesen radio . Rancangan penyiaran radionya itu menceritakan tentang kisah-kisah dan pengalaman hidup yang diluahkan para pendengar pada setiap jam 10 pagi. Siaran yang dikendalikannya ini membuatkan dia menjadi semakin terkenal dan sering mendapat tawaran kerja lain seperti model dan duta produk. Seorang wanita muda bernama Aina menghantar cerita di stesen radio ini tentang beliau sebagai seorang ibu tunggal kepada stesen radio Nazdi bekerja, memberitahunya dia akan bertemu dengan bapanya . Cerita-cerita yang berkaitan dengan bapanya, yang tidak pernah ditemui sebelum ini, menarik minat pendengar dan sekaligus membantu menghidupkan program itu sebagai yang paling popular dalam negara .
Konfliknya bermula apabila dia(Nazdi) mendapati bahawa dia adalah bapa kepada Aina apabila Aina datang ke apartmennya dengan anaknya, Iqbal . Beliau juga mendapati bahawa Aina adalah nama cinta pertama dan nama Aina sebenarnya adalah Hidayah . Nazdi yang berasa was-was dan tidak percaya, pergi membawa mereka menjalankan ujian darah DNA. Ternyata, keputusan ujian darah ini mengatakan bahawa mereka sememangnya mempunyai pertalian darah. Disebabkan ingin menjaga nama baik beliau agar tidak terjejas, Nazdi terpaksa membiarkan Hidayah dan cucunya agar duduk di rumahnya. Di stesen radio tempat Nazdi bekerja juga terdapat satu rancangan uji bakat untuk pertandingan nyanyian. Hidayah yang sememangnya menyatakan hasratnya dari awal iaitu mahu mencapai impiannya untuk menjadi penyanyi, tetapi dihalang Nazdi kerana difikirkan ini akan mendedahkan skandal beliau dengan apa yang berlaku kepada Hidayah, Iqbal, dan dirinya.                             
                                                                            



Namun, Hidayah masih meneruskan hasratnya dan pergi ke tempat kerja Nazdi untuk menyertai uji bakat. Cara pemakaian Hidayah yang agak kekampungan menimbulkan buah mulut pada pekerja-pekerja di pejabat. Nazdi yang terdengar kata-kata mereka berasa malu walaupun hakikatnya dia masih tidak dapat menerima hakikat yang dia sebenarnya mempunyai seorang anak perempuan. Lalu, Nazdi membuat keputusan untuk mengubah penampilan Hidayah agar menjadi gadis yang lebih elegan dan menarik. Namun, mereka berdua tetap berhati-hati semasa keluar bersama kerana Nazdi sering dikejar wartawan yang bernama Cuki untuk menimbulkan skandal baru. Cuki, seorang wartawan majalah selalu memerhatikan gerak geri Nazdi demi mencari isu baru untuk menjatuhkannya. Cuki yang sememangnya mudah untuk menghidu aktiviti yang disembunyikan artis akhirnya dapat menangkap satu gambar dan menyebarkannya di majalah-majalah.

Ayah kandung Iqbal, Aziz yang telah lama menghilang kembali menemui Hidayah, apabila namanya mula naik hasil populariti nyanyiannya. Mereka bertemu dan kembali menjalinkan hubungan sehingga  Aziz mula mengesyaki  hubungan sulit antara  Hidayah dan Nazdi . Malahan, Aziz selalu membangkitkan isu perhubungan ini semasa mereka keluar bersama. Walaupun Hidayah sentiasa menidakkan hubungan ini, tetapi  Aziz tidak dapat menerimanya tanpa alasan yang kukuh. Sehinggakan pada suatu hari, Aziz bertindak melulu sehingga mengamuk di luar kediaman Hidayah. Nazdi yang kebetulan menyaksikan pergaduhan tersebut menganggap perkara tersebut menjadi semakin rumit, bertindak menghalau Hidayah dan Iqbal keluar dari rumahnya. Kehidupan yang semakin mencabar di luar rumah memaksa Hidayah membawa anaknya Cuma tinggal di rumah-rumah tumpangan dan bekerja keras di restoran demi mencari wang. Namun begitu, dia sentiasa mendengar rancangan radio yang dikendalikan ayahnya setiap hari.
Nazdi yang akhirnya merindukan kehadiran seorang anak yang sentiasa menjaga makan pakai dan keceriaan rumahnya, mula mencari Hidayah kembali. Dia sentiasa memohon agar Hidayah kembali dan menyanyi seperti dahulu di pejabatnya. Nama Hidayah semakin meningkat naik selepas dia kembali semula pada ayahnya walau tanpa pengetahuan umum. Pada satu konsert yang diadakan sempena kenaikan nama Hidayah sebagai penyanyi baru, Iqbal tiba-tiba didapati hilang. Hidayah yang terlalu panik terpaksa membatalkan nyanyiannya dan teruskan mencari anaknya kerana terlalu bimbang. Dia yang tidak dapat mengawal perasaan sedihnya pergi mendapatkan ayahnya untuk meminta bantuan. Perkara ini membangkitkan dua konflik dalam diri Nazdi iaitu sama ada menyelamatkan kariernya atau keluarganya.
Keadaan ini menjadi semakin rumit apabila Hidayah pergi mendapatkan Nazdi yang berada di atas pentas semasa konsert baru sahaja bermula. Para penonton dikejutkan dengan pengakuan Hidayah yang menangis teresak-esak mengakunya sebagai ayah. Perkara ini telah yang membawa Nazdi untuk menyedari bahawa dia benar-benar tidak bertanggungjawab kepada anak dan cucu beliau.. Iqbal yang ditemui semula di balai polis selepas itu dipeluk erat oleh Nazdi bersama Hidayah. Di balai polis, Aziz juga mula mengetahui apa hubungan sebenar antara Hidayah dan Nazdi sebenarnya. Pada masa yang sama, Cuki yang turut berada di tempat kejadian turut mengambil kesempatan mengambil beberapa gambar adegan keluarga tersebut dengan niat jahatnya. Cuki yang mendedahkan skandal ini, malah merupakan orang yang telah menculik Iqbal buat sementara waktu demi menimbulkan huru-hara akhirnya menerima balasan dengan dibelasah teruk oleh artis lain yang juga dijatuhkan olehnya.
Ikatan kekeluargaan dan perasaan kasih Nazdi sebagai seorang ayah tidak hilang sama sekali walaupun dari awal tidak pernah mengetahui dia mempunyai anak. Demi kebahagiaan keluarga baru ini, akhirnya Nazdi mengambil keputusan untuk mula benar-benar menyayangi mereka seperti anak-anak dan mengambil berat untuk mereka.

Sorry-sorry dance by SMK Air Merah, Kulim-Kedah

Video nie kami buat perform time jamuan pengawas tahun 2010 di Pearl View Hotel ,Penang. Masa nie baru form 4. Sweet memory

Friday, June 28, 2013

Pengembara tak berbekal.

Kehidupan dalam dunia nie seolah-olah satu pengembaraan. Pengembaraan yang ditetapkan jangka waktunya. Kadang-kadang kita di depan, dan kadang-kadang kita di belakang. Uniknya pengembaraan ini adalah sebab kita perlu mencari bekalan di dalam penggembaraan. Bukannya  disediakan sebelum pengembaraan. Tanpa ada bekalan pada permulaan perjalanan, kita kena tahu apa yang kita cari dalam pengembaraan kita nanti. Dan ke mana yang kita akan tuju. Adakah selama-lamanya dalam pengembaraan tersebut atau ada satu titik penghabisan ! Sempatkah kita sampai ke titik penghabisan dengan bekalan yang betul sebelum tempoh yang ditetapkan tamat? Anda boleh fikir sendiri jawapannya. Kita keluar dengan tangan kosong tapi kelebihannya telah disediakan satu peta yang sangat lengkap yang boleh dijadikan panduan, yakni Sang Quran. Malangnya begitu ramai pengembara yang mengambil peta emas tersebut tapi bukan sebagai panduan, malah sekadar satu bahan simpanan di dalam beg kembara. Lalu di dalam perjalanan, banyak lorong dan simpang yang bakal ditempuhi.  Oleh sebab peta yang ada tidak dimanfaat, maka ramai yang tersesat dan sukar untuk kembali  ke jalan sebenar. Kemudian bila tiba waktu penghabisan yang telah ditetapkan, akan tetapi seseorang pengembara masih belum sempat cari untuk jalan yang sebenar, maka keluarlah  nyawa dari jasadnya di jalan yang di sedang berada. Dan beruntunglah bagi pengembara yang masih di jalan yang benar.

Setakat ini sahaja coretan saya hari nie. Ada masa kita jumpa lagi. Moga sama-sama dapat renungkan sejenak apa yang saya maksudkan.. Tidak bermakna sayan dah sempurna, tapi tak ada salah untuk saya kongsikan dengan kawan-kawan untuk kita sama-sama memperbaiki kekurangan dan kejahilan kita. Sekian. Wassalam .

Saturday, February 23, 2013

Lawatan Kelab Asas Kewartawanan UniSZA ke KL.

Assalamualaikum w.b.t.
Penat,seronok,tak puas, lawak, rindu dan semua rasa ada sebab baru balik dari lawatan projek Kelab Asas Kewartawanan  Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) ke KL. Walaupun aktiviti tak berapa padat dan kami cuma pergi selama dua hari dua malam, tapi banyak pengalaman berguna yg kami dapat dan tak mgkin lah nak dilupakan. Kami berkumpul dekat foyer UniSZA start pukul 8.30pm, rabu (20 February 13). Then sebelum bas dtg, AJK2 semua sibuk untuk agihkan lebihan duit baju kelab yang kami tempah utk lawatan nie. Walaupun t-shirt yg kai dapat tu kurang memuaskan atas beberapa sebab. Tp kami kena jugak pakai kerana atas beberapa sebab jugak.  Lps agihkan semuua tu, Lecturer kami, En. Kuswadi arahkan supaya cari AJK baru utk bertugas di Kuala Lumpur bg menggantikan AJK sedia ada sbb dah byk bertugas dgn kertas kerja n semua hal-hal yg berkaitan dgn lawatan nie. Aku terpilih salah seorang drpd AJK2 baru tu. Dan kepada En. Kuswadi kalau baca post saya yg nie, SAYA NAK MINTAK MAAF KALAU TAK DAPAT JALANKAN TUGAS DENGAN BAIK. Sbb nya saya tak berapa pandai nak terlibat dgn hal2 pengurusan mcm nie. Blh dikatakan saya nie bagai kerbau dicucuk hidung. Orang tarik saya ikut. Org biar saya diam sbb saya selalu nya slow and blur sikit dgn benda2 mcm nie. Tp saya tak cakap saya kerbau. hahha.

Then, about pukul  10.30, kiteorang bertolak dr UniSZA, pastu singgah kat Kuala Ibai amek abg photographer kita yg macho lg bergaya tu. Teringin jugak nak tgok apa hasil gambar yg ada tu. Takot2 kalu gmbar masa tidur pun ada. hhaiizz. :D Lps tu kami berhenti smbahyang subuh dkt highway selangor. Tp not too sure apa nama tmpat tu.Stay situ lebih kurang dua jam jugak. Smbil minum pagi sikit.

Lps tu terus ke bangunan balai berita Berita Harian. yg nie tmpat yg paling tak dpat lupa lahh sebab kami cuma pergi dpn premis tu then tgkap gmbar. Lepas tu naik bas balik sbb lawatan kami tak diterima. POYO kan? haha.


Sampai ja KL, kami singgah sarapan dekat Pantai Dalam,.  Geng2 laki makan free jer pg tu sbb pakcik roti canai tu belanja. Kira tak sia2 lah makan dekat kedai pakciik tu. hehe.So tak hairanlah  kalau tgok kenapa pakcik tu murah rezeki and pelanggan tak putus2 dtg kedai dia. Masa brkfast tu, sempat laa kami sembang dan berkenal-kenalan dgn pakcik dan isteri dua. Mmg tak dinafikan, peramah la diorang. Pandai amek hati customer.

Kemudian kiteorang prgi RTM . mula2 kami lunch dekat masjid RTM dgn menu nasi ayam. Boleh tahan la nasi dia. Not bad. Dah selesai melantak sorang smpai kyg, kami prgi ke Wisma TV RTM dgr taklimat drpd pengarah persiaran RTM kalau tak silap. Mohon sapa2 yg baca nie perbetulkan jawatan dia kalau saya salah. Mmg banyak laa maklumat baru yg kami dapat. Bilik berita pun RTM bawak kami masuk. n macam biasa, budak2 perempuan pantang nmpak artis/pembaca berita, mula laa kamera tu nak ja berflash2.hahaa.

Selesai lawatan ke RTM, hari dah nak ptg. kami p asrama UKM untuk check -in .,rehat2kan badan dulu. bersih2 badan, tidur kejap n ready utk dinner. Makanan dinner mmg best la. Aku suka ikan dia, manis. Ikan siakap kot kalau tak silap. haizz.. sedap baq ang. Lps makan, semua balik tidur.

Keesokan paginya tu, semua bersiap sedia nak ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM dgn pakaian serba hitam. dkt sini lg banyak perkara baru yg kami dapat. Kami boleh tnya apa yg kami nak tahu dan maklumat yg diberikan hampir lengkap dan padat lah walaupun masanya singkat. Kami disediakan breakfast oleh pihak UKM. then dibawa melawat ke studio2 UKM. Wahh. mmgg canggih lah. Kalau lah Fakulti Informatik dkt UniSZA ada semua tu.. :(. Dah habis urusan d UKM, kami bertolak ke Area Jln TAR , Jln Masjid India n byk lagi. Masa nie aktiviti bebas lahh. Dekat sini perempuan la yg byk habis duit. Mcm2 beli. Yg lelaki taktahu apa yg nak beli. yg tahu makan jer.. En. Kuswadi n the geng taktahu laa beli apa. Pakat2 beli buah tgn untuk buah hati kot. hehehhe >.<

Dah puas berjam2 duk dekat situ. Kami bertolak pulang ke Terengganu lebih kurang pukul 4.15pm . Tiba di UniSZA jam 2.++pm.

Sampai disini saja yg dapat saya tulis. Penulisan sy yg nie pon hanya sekadar sekali lalu atau over view dr keseluruhan program kami. Sori kalau kurang best,cuma nak share ja dgn semua. hee. Assalamualaikum

My new cover. Song- Hanya Ingin Kau Tahu by Republik.

Actually i dedicate tis song to my special 'budak'. Hope u like it

Tuesday, January 29, 2013

Penganut agama samawi yang mana layak masuk syurga ?

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini 29 Januari 2013, saya ada baca sedikit ilmu yang bagus untuk dikongsi bersama dgn anda. Tidak terlalu panjang, tp cukup untuk kita mengetahui. Selamat membaca :)
Pada perhimpunan ilmiah tokoh agama dan cendiakawan semua agama di Mesir dilontarkan satu Isu siapa yang antara penganut agama Samawi (Yahudi,Kristian,Islam) layak masuk Syurga. Pertanyaan ini ditanya kepada tokoh agama Yahudi,Kristian dan Islam yang berada di Pentas.

Tokoh agama Yahudi dan Kristian tidak berani menjawab soalan dan menyerahkan jawapannya kepada Ulama Islam yang menjawab dengan mudah bahawa yang layak masuk syurga daripada semua penganut agama ialah Muslim.Kemudian beliau menjelaskan bagi orang Yahudi yang layak masuk syurga ialah sesiapa sahaja yang beriman kepada Nabi Musa A.S dan bagi orang kristian yang layak masuk syurga ialah sesiapa yang beriman kepada Nabi Isa A.s.Tetapi bagi Umat Islam yang layak masuk syurga ialah yang beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan semua Nabi termasuk Nabi Musa dan Isa.

Firman Allah yang bermaksud:"Kami tidak membezakan antara semua dengan yang lain daripada rasul-rasulnya"(Surah Al-Baqarah,ayat:285)

Petikan artikel ini diambil daripada keratan akhbar Berita Harian pada hari ahad, 1 November 2009 hasil Nukilan En Abdul Rahman Haqqi dalam ruangan Ulul Albab.Artikel ini membincangkan tentang kesucian agama Islam yang perlu dipertahankan dengan melindungi Masjid yang menjadi kiblat pertama Umat Islam iaitu masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis.Pencabulan hak berulang kali dilakukan Zionis sememangnya mencabar maruah Agama Islam

 Sumber : http://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/2009/11/kata-yahudiruntuhkan-masjid-al-aqsabina.html

Saturday, January 12, 2013

Sekilas pandang.

Assalamualaikum wbt.
Saya baru sahaja selesai mengikuti Bengkel Penulisan dan Editorial yg diadakan di atas bangunan pejabat asrama pelajar UniSZA. Bengkel penulisan ini diGURUi oleh Ustaz Irfan atau dikenali dgn nama komersialnya, BroHamzah dan Slot editorial pulak dibimbing oleh Kak Husna dr syarikat penerbitan terkenal negara, Tembaga Biru. Mmg tak dinafikan, program yg diadakan ini betul2 meninggalkan kesan yg mendalam kepada saya dan sy yakin peserta2 lain juga sependapat dgn saya,
   Baru sehari saya mengupdate blog saya yg saya akan bergiat aktif dlm penulisan ttg asal-usul bangsa Melayu, tiba2 , dlm BroHamzah bgtau yg penulisan tentang keagungan sesuatu bangsa sebenarnya adalah penulisan yg tidak sihat. Kecuali penulisan yg menunjukkan keagungan Islam. Tp In Shaa Allah, sy akan terus juga menulis ttg Melayu, cumanya, sy akan selarikan dgn Islam yg menjadikan bangsa Melayu itu agung suatu ketika dahulu .
  Saya yakin, walaupun tak ramai yg minat ttg sejarah2 yg sedemikian, namun, tetap ada yg se-spesies dgn saya yakni meminati sejarah. Tapi harus diingat!!! Sejarah yg saya minat bukanlah sejarah yg telah dikarang dalam buku teks  sekolah menengah, tetapi sejarah yg telah dikabur lalu dikubur oleh kafir laknatullah. Allahuakhbar.
  Bukan niat saya di sini utk menulis sesuatu yg bersifat rasis. Namun bg saya, harus bg setiap umat Melayu mengetahui yg nenek moyang kita adalah pengamal Islam yg hebat dan hampir pernah pasti memerintah dunia, bukannya spt yg diwar-warkan pihak barat di mana kita ini dahulunya beragama Hindu-Buddha.
Semoga dgn terungkainya rahsia ini sedikit demi sedikit, maka, kita berharap Iman di dalam diri kita dapat bertambah kukuh.
  Sekian sahaja utk kali ini. Wasalam.

Friday, January 11, 2013

MELAYU PERNAH AGUNG BERSAMA ISLAM.

Assalamualaikum .Sejak zaman sekolah menengah lagi saya dah berminat dengan kajian tentang asal-usul bangsa Melayu di Nusantara ini. Setelah dikaji sedikit, saya nak lagi, dah kaji sikit, saya nak juga lagi. Bagi saya, mengetahui asal-usul Melayu dan betapa Melayu Islam itu agungnya suatu ketika dahulu adalah suatu kepuasan yang tak boleh saya gambarkan. Semakin saya kaji, semakin saya tahu betapa sudah beribu-ribu tahun Melayu sudah wujud dan segala sejarah yang saya belajar di bangku sekolah menengah itu adalah PALSU SEMATA-MATA. Dan memandangkan sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) , saya merasakan ini adalah peluang terbaik untuk saya merungkai sedikit sebanyak sejarah bangsa kita. In Shaa Allah, dengan izin Allah, saya akan kongsikan segala apa yg saya tahu dengan anda semua. Mungkin anda lebih banyak mengetahui drpd saya, namun tiada salahnya utk kita berkongsi ilmu utk mengetahui sejarah sebenar SIAPAKAH KITA.! In Shaa Allah.


Takkan Melayu Hilang di Dunia- Hang Tuah.
ALLAHUAKHBAR!!!

Wednesday, January 9, 2013

Antara koleksi gambar peribadi.

 MYGUITAR- always on my hand .
This is when my bff ask me to take a picture (1st semestre at UniSZA).
Is it duckface? Of course nope. hahha
Coz i cant stop thinking bout u girl :)

Me at Kulim Landmark Centre(hujung tahun 2012)

I CANT GO FORWARD MORE.

Alhamdulillah, lepas masuk sem 2 jugak. Result sem 1 tak lah berapa gempak. dan agak kurang memuaskan jugak bg aku. cuma 2A 3B 1D 1G. disebabkan satu subject killer, habis effect pointer aku. yg lagi subject algebra tu, aku tak sure macammana aku boleh failed. padahal aku dah buat preparation dggn mmber n boleh katakan semua yg study tu keluarlah tp dlm bentuk yg berbeza. Yg peliknya, subject tu yg aku failed bila result keluar. Mungkin bukan rezeki aku n kena study lebih lg.  Alhamdulillah lagi sekali sbb aku tak termasuk dalam kelompok yang dibuang universiti disebabkan result sem 1. Tp sepanjang P&P semester 2 nie, sejak aku tukar ke Diploma Multimedia, aku rasa byk subject yg agak enjoy bg aku sbb aku minat. Ada seni dan reka bentuk,penyelenggaraan komputer, pengarangan web n more. syg nya still ada subject killer tu, programming n sambungan subject kalkulus(yg aku failed tu). Seeloknya, aku taknak lah ketinggalan dlm sem 2 nie, tp makin byk blajar, aku jd makin down, makin down n makin down. Mmg kawan2 sedia mmbantu, tp aku tak rasa diorang ikhlas ajar aku (kecuali beberapa org yg rapat dgn aku), ada jugak bila aku perlukan some help ,mcm2 alasan ada. mungkin aku nie lambat catch up n tak layak jadi studygroup-member diorang. Apapun, aku dah do all out n ada jugak yg never out(hahha) sbb aku langsung tak faham subject tu dan agak membosankan. So,  doakan aku yg terbaik atau aku keluar jer dr UniSZA nie masa sem 3 nti. Sem 3 start bulan Jun 2013  nie kot. In Shaa Allah.