Friday, June 24, 2016

It's already 2016.



Assalamualaikum and hye everyone.


First of all, i want to tell you guys that actually saya dah tak aktif "berblogging" lagi sejak dah tamat tingkatan 6... sekarang dah further my studies di UM pun..  tapi tentang perjalanan di UM nanti sajalah saya cerita (nampak tak macam nak aktif balik? hehe) sebab tujuan saya update ni adalah untuk sampaikan ucapan terima kasih to my bestfriend, Phoebe and her father sebab inspired me to make a comeback.. haha.. this sweety girl actually my English classmate.. and accidentally she's my lecturer's daughter.. (Dr Thiru)  i was like.."wow!"  but matilah if she going to tell everything abt me to her father.. Tapi ternyata Dr Thiru lebih advance.. Beliau dah jumpa this blog awal-awal lagi... hahaha.. dan sekarang Phoebe pun dah start blogging..mungkin jangkit daripada saya..haha.. this is her blog link.. bolehlah follow.. (promote sikit)  phoebearasu.blogspot.com

Since saya dah dapat semangat menulis balik, god willing, saya akan menulis balik.. (itu pun kalau free sebab jadual di UM ni agak pack..)  and hopefully penulisan saya lepas ni lebih mature dan ada input yang boleh dikongsi..

Okay that's all.. thank you :-D




Tuesday, February 10, 2015

11 Februari 2015..

Hai.. dah lama aku tak tulis kat blog aku ni.. tiba2 pulak rasa touching tgh2 malam sampai teringat dulu aku luah perasaan kat sini.. memang aku rindu sangat blog aku.. takmau cakap apa2.. cuma aku tengah sedih skrg.. semua benda yg aku buat dia cakap salah.. aku bela dia pun salah.. mungkin cara aku salah..tapi cara hang tegur tu buat aku rasa mcm aku ni org asing bagi hg,..mungkin aku sensitif sikit sbb tgh2 malam kan..dah dekat 3 bulan aku dgn hg.. walaupun nmpak masa tu singkat, mcm2 aku dah face sama2 dgn hg.. aku cuma harap hubungan kita dapat kekal lama.. tak minta lebih2.. cuma nak saling hargai perasaan kita.. aku rasa post ni lah post paling jiwang dan tak ada ilmu yang dpt kita share.. tapi aku cuma taktau nak mngadu dgn sapa kalau ada masalah dgn hg.. mmg mcm perempuan je kan luah perasaan mcm ni..tapi aku mmg suka merapu bila jiwa tgh kacau..jd lebih baik aku menaip drpd aku buat benda yg xtahu bahaya ke tidak tu..hmm.. aku macam org gila dah ni... xtahu mcm mana nak control...takpa..lupakan

HARINI 11 Februari birthday adik no 2 aku, Syazana yang ke 19... Happy birthday adik..semoga berjaya dunia akhirat..


Tu saja lah utk kali ni.. Sorry sbb buat post yg tah apa2 ni...  

It's me, Sharil...


Thursday, March 20, 2014

SMK Khir Johari, Sungai Petani..

 Assalamualaikum.. dah  lama  tak ada  masa  nak  update  new  post.. Takut  yahoo block  aku punya  account,  so, hari  ni  aku  update  jugak  la  sikit  gambar  form  6  aku  dekat  SMK Khir  Johari  dengan  dua  orang  member  rapat  aku  dalam  kelas,. Izzat  Amzr  dan  Hidayah..












budak  pompuan ni Hidayah.. konon nya  budak  paling "rare" la  dalam  kelas.. hahaha  Hobi  dia  tidoq..  selalu  bertengkaq  dengan  aku..   That's all kot.. see soon

Thursday, September 19, 2013

Tingkatan 6 SMK Darulaman , Alor Setar.


Assalamualaikum.. Semua sedia maklum aku dah berhenti dari belajar di UniSZA. Lepas berhenti, aku putuskan nak sambungkan pengajian aku ke tingkatan 6. Tapi aku tak terfikir nak masuk ke sekolah-sekolah dekat dengan rumah aku di Kulim (ada lah sebab2 tertentu). Jadi, ayah aku nak hantaq aku ke SMK Dato' Syed Omar kat Alor Setar sebab dekat dengan rumah datuk saudara aku. Selang beberapa biji rumah saja boleh p sekolah tu. So aku boleh pergi jalan kaki. Tapi lepas semua urusan dengan JPN dan PPD settled, depa bagitau sekolah tu dah penuh. So, aku dapat SMK Darulaman, dekat Jalan Stadium. Sejak masuk ke Tingkatan 6 nie, macam2 kenangan mula terpahat dalam kotak memori. Bermula dengan agak sunyi dan bosan, pelan-pelan aku mula kenal dengan semua orang. Dapat  cikgu-cikgu yang sporting, yang lawak, yang serious, yang fanatik dengan politik, yang berjiwa muda, yang hensem2 dan comel belaka, yang smart, semua ada.. Member2 pulak tak kira lower atau upper 6, semua ada karakter unik masing2. Segak-segak macam hindustan pun ada.. Yang penting, depa semua ada satu sifat yang sama. =terlebih mesra alam. hahha.  Aku jenis yang suka perhati perangai sorang2.  Tapi bukan untuk kritik atau nak kata aku nie dah bagus,. Cuma untuk aku nak sesuaikan diri aku dengan depa. Takmau lah kan orang meluat dengan aku. Walaupun aku student baru kat situ, tapi aku tak rasa macam asing. Rasa macam aku dah kenal depa lama.
Hubungan dengan member2 especially upper 6 students mula rapat lepas sekolah buat rombongan le Cameron Highlands dan Kuala Lumpur. Seumur hidup aku, masa sekolah rendah, sekolah menengah, belum pernah aku pergi lawatan yang tinggal kesan pada aku mcm nie. Sebab apa tinggal kesan? Macam2 jadi kat aku. Tapi malas nak cerita. Buat malu aku ja nanti. Sapa yang dah tau tu tau lah..Yang penting, aku kena mandi bunga. hahha.

Dekat atas dan bawah entry nie aku selitkan gambar dengan rakan2 form 6 dekat Cameron Highlands and KL haritu. Tapi tak semua ada. Aku tak aktif bergambar kat sana. Kamera aku rosak. Gambar nie pun aku ambil dari kawan2 yang upload.













Dan ini dia yang paling penting. Cikgu paling rare abad ini, Sir Kamal.








Thursday, July 25, 2013

Terharu aku jadi watak utama.. (Cerita tulisan Alia Safinas- student of UniSZA.)


Seorang bekas idola remaja, Nazdi Shareen yang menganggap dirinya sangat popular walau sudah dalam umur pertengahan kini bekerja sebagai DJ di sebuah stesen radio . Rancangan penyiaran radionya itu menceritakan tentang kisah-kisah dan pengalaman hidup yang diluahkan para pendengar pada setiap jam 10 pagi. Siaran yang dikendalikannya ini membuatkan dia menjadi semakin terkenal dan sering mendapat tawaran kerja lain seperti model dan duta produk. Seorang wanita muda bernama Aina menghantar cerita di stesen radio ini tentang beliau sebagai seorang ibu tunggal kepada stesen radio Nazdi bekerja, memberitahunya dia akan bertemu dengan bapanya . Cerita-cerita yang berkaitan dengan bapanya, yang tidak pernah ditemui sebelum ini, menarik minat pendengar dan sekaligus membantu menghidupkan program itu sebagai yang paling popular dalam negara .
Konfliknya bermula apabila dia(Nazdi) mendapati bahawa dia adalah bapa kepada Aina apabila Aina datang ke apartmennya dengan anaknya, Iqbal . Beliau juga mendapati bahawa Aina adalah nama cinta pertama dan nama Aina sebenarnya adalah Hidayah . Nazdi yang berasa was-was dan tidak percaya, pergi membawa mereka menjalankan ujian darah DNA. Ternyata, keputusan ujian darah ini mengatakan bahawa mereka sememangnya mempunyai pertalian darah. Disebabkan ingin menjaga nama baik beliau agar tidak terjejas, Nazdi terpaksa membiarkan Hidayah dan cucunya agar duduk di rumahnya. Di stesen radio tempat Nazdi bekerja juga terdapat satu rancangan uji bakat untuk pertandingan nyanyian. Hidayah yang sememangnya menyatakan hasratnya dari awal iaitu mahu mencapai impiannya untuk menjadi penyanyi, tetapi dihalang Nazdi kerana difikirkan ini akan mendedahkan skandal beliau dengan apa yang berlaku kepada Hidayah, Iqbal, dan dirinya.                             
                                                                            



Namun, Hidayah masih meneruskan hasratnya dan pergi ke tempat kerja Nazdi untuk menyertai uji bakat. Cara pemakaian Hidayah yang agak kekampungan menimbulkan buah mulut pada pekerja-pekerja di pejabat. Nazdi yang terdengar kata-kata mereka berasa malu walaupun hakikatnya dia masih tidak dapat menerima hakikat yang dia sebenarnya mempunyai seorang anak perempuan. Lalu, Nazdi membuat keputusan untuk mengubah penampilan Hidayah agar menjadi gadis yang lebih elegan dan menarik. Namun, mereka berdua tetap berhati-hati semasa keluar bersama kerana Nazdi sering dikejar wartawan yang bernama Cuki untuk menimbulkan skandal baru. Cuki, seorang wartawan majalah selalu memerhatikan gerak geri Nazdi demi mencari isu baru untuk menjatuhkannya. Cuki yang sememangnya mudah untuk menghidu aktiviti yang disembunyikan artis akhirnya dapat menangkap satu gambar dan menyebarkannya di majalah-majalah.

Ayah kandung Iqbal, Aziz yang telah lama menghilang kembali menemui Hidayah, apabila namanya mula naik hasil populariti nyanyiannya. Mereka bertemu dan kembali menjalinkan hubungan sehingga  Aziz mula mengesyaki  hubungan sulit antara  Hidayah dan Nazdi . Malahan, Aziz selalu membangkitkan isu perhubungan ini semasa mereka keluar bersama. Walaupun Hidayah sentiasa menidakkan hubungan ini, tetapi  Aziz tidak dapat menerimanya tanpa alasan yang kukuh. Sehinggakan pada suatu hari, Aziz bertindak melulu sehingga mengamuk di luar kediaman Hidayah. Nazdi yang kebetulan menyaksikan pergaduhan tersebut menganggap perkara tersebut menjadi semakin rumit, bertindak menghalau Hidayah dan Iqbal keluar dari rumahnya. Kehidupan yang semakin mencabar di luar rumah memaksa Hidayah membawa anaknya Cuma tinggal di rumah-rumah tumpangan dan bekerja keras di restoran demi mencari wang. Namun begitu, dia sentiasa mendengar rancangan radio yang dikendalikan ayahnya setiap hari.
Nazdi yang akhirnya merindukan kehadiran seorang anak yang sentiasa menjaga makan pakai dan keceriaan rumahnya, mula mencari Hidayah kembali. Dia sentiasa memohon agar Hidayah kembali dan menyanyi seperti dahulu di pejabatnya. Nama Hidayah semakin meningkat naik selepas dia kembali semula pada ayahnya walau tanpa pengetahuan umum. Pada satu konsert yang diadakan sempena kenaikan nama Hidayah sebagai penyanyi baru, Iqbal tiba-tiba didapati hilang. Hidayah yang terlalu panik terpaksa membatalkan nyanyiannya dan teruskan mencari anaknya kerana terlalu bimbang. Dia yang tidak dapat mengawal perasaan sedihnya pergi mendapatkan ayahnya untuk meminta bantuan. Perkara ini membangkitkan dua konflik dalam diri Nazdi iaitu sama ada menyelamatkan kariernya atau keluarganya.
Keadaan ini menjadi semakin rumit apabila Hidayah pergi mendapatkan Nazdi yang berada di atas pentas semasa konsert baru sahaja bermula. Para penonton dikejutkan dengan pengakuan Hidayah yang menangis teresak-esak mengakunya sebagai ayah. Perkara ini telah yang membawa Nazdi untuk menyedari bahawa dia benar-benar tidak bertanggungjawab kepada anak dan cucu beliau.. Iqbal yang ditemui semula di balai polis selepas itu dipeluk erat oleh Nazdi bersama Hidayah. Di balai polis, Aziz juga mula mengetahui apa hubungan sebenar antara Hidayah dan Nazdi sebenarnya. Pada masa yang sama, Cuki yang turut berada di tempat kejadian turut mengambil kesempatan mengambil beberapa gambar adegan keluarga tersebut dengan niat jahatnya. Cuki yang mendedahkan skandal ini, malah merupakan orang yang telah menculik Iqbal buat sementara waktu demi menimbulkan huru-hara akhirnya menerima balasan dengan dibelasah teruk oleh artis lain yang juga dijatuhkan olehnya.
Ikatan kekeluargaan dan perasaan kasih Nazdi sebagai seorang ayah tidak hilang sama sekali walaupun dari awal tidak pernah mengetahui dia mempunyai anak. Demi kebahagiaan keluarga baru ini, akhirnya Nazdi mengambil keputusan untuk mula benar-benar menyayangi mereka seperti anak-anak dan mengambil berat untuk mereka.

Sorry-sorry dance by SMK Air Merah, Kulim-Kedah

Video nie kami buat perform time jamuan pengawas tahun 2010 di Pearl View Hotel ,Penang. Masa nie baru form 4. Sweet memory

Friday, June 28, 2013

Pengembara tak berbekal.

Kehidupan dalam dunia nie seolah-olah satu pengembaraan. Pengembaraan yang ditetapkan jangka waktunya. Kadang-kadang kita di depan, dan kadang-kadang kita di belakang. Uniknya pengembaraan ini adalah sebab kita perlu mencari bekalan di dalam penggembaraan. Bukannya  disediakan sebelum pengembaraan. Tanpa ada bekalan pada permulaan perjalanan, kita kena tahu apa yang kita cari dalam pengembaraan kita nanti. Dan ke mana yang kita akan tuju. Adakah selama-lamanya dalam pengembaraan tersebut atau ada satu titik penghabisan ! Sempatkah kita sampai ke titik penghabisan dengan bekalan yang betul sebelum tempoh yang ditetapkan tamat? Anda boleh fikir sendiri jawapannya. Kita keluar dengan tangan kosong tapi kelebihannya telah disediakan satu peta yang sangat lengkap yang boleh dijadikan panduan, yakni Sang Quran. Malangnya begitu ramai pengembara yang mengambil peta emas tersebut tapi bukan sebagai panduan, malah sekadar satu bahan simpanan di dalam beg kembara. Lalu di dalam perjalanan, banyak lorong dan simpang yang bakal ditempuhi.  Oleh sebab peta yang ada tidak dimanfaat, maka ramai yang tersesat dan sukar untuk kembali  ke jalan sebenar. Kemudian bila tiba waktu penghabisan yang telah ditetapkan, akan tetapi seseorang pengembara masih belum sempat cari untuk jalan yang sebenar, maka keluarlah  nyawa dari jasadnya di jalan yang di sedang berada. Dan beruntunglah bagi pengembara yang masih di jalan yang benar.

Setakat ini sahaja coretan saya hari nie. Ada masa kita jumpa lagi. Moga sama-sama dapat renungkan sejenak apa yang saya maksudkan.. Tidak bermakna sayan dah sempurna, tapi tak ada salah untuk saya kongsikan dengan kawan-kawan untuk kita sama-sama memperbaiki kekurangan dan kejahilan kita. Sekian. Wassalam .